dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Batang Maro, Sarawak
  • Utama
    • Mengenai PI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Advokasi: E-Waste dan Check Your Label (CYL)

06 Ogos 2017 | Aktiviti Terkini

Program Advokasi: E-Waste dan CYL telah berlangsung pada 5 Ogos 2017 bertempat di Bilik Latihan Pusat Internet 1 Malaysia Batang Maro. Seramai 10 orang peserta iaitu dari golongan belia dan kanak-kanak telah mengikuti program tersebut. Slot pertama adalah E-Waste iaitu atau lebih dikenali sebagai E-Sisa mendedahkan para peserta dengan pengitaran semula barangan elektronik secara berhemah.

Mereka juga diberitahu akan keburukan-keburukan yang akan terjadi sekiranya pembuangan barangan elektronik ini dilakukan secara tidak berhemah seperti akan menjejaskan kesihatan dari pelbagai sudut. Objektif utama program ini dijalankan adalah untuk menggalakkan para komuniti mengitar semula barangan elektronik mereka yang telah rosak.

Manakala slot kedua pula ialah Check Your Label (CYL). CYL adalah program untuk memastikan para komuniti memeriksa terlebih dahulu label MCMC untuk barangan elektronik yang dibeli. Pemeriksaan label MCMC perlu dibuat kerana untuk keselamatan pengguna dan juga memastikan barangan yang dibeli bukan palsu.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© 2014 - 2019 Semua Hakcipta Ter pelihara.