Pendidikan
Pendidikan memainkan peranan yang amat penting bagi pembangunan sesebuah kawasan. Kampung batang maro mempunyai sebuah sekolah rendah iaitu Sekolah Kebangsaan Batang Maro. Pendidikan amat penting di Kampung ini bagi memastikan taraf pendidikan di luar bandar seperti kampung Batang maro setaraf dengan pendidikan yang terdapat di bandar-bandar besar. Selain SK Batang Maro, terdapat juga sebuah lagi sekolah rehdah berhamapiran iaitu SK Kampung paloh yang mana jarak antara kedua-dua sekolah hanya lebih kurang 3 kilometer sahaja.
Bagi pendidikan menengah pula SMK Kabong merupakan sekolah menengah kebangsaan yang terdekat dan merupakan sekolah di mana majoriti murid dari batang maro akan menyambung pengajian ke peringkat menengah.