Rekreasi Dan Pelancongan
Kawasan rekreasi dan pelancongan terdekat dari Batang Maro ialah Pantai Tanjung Kembang Kabong. Pusat ini turut menyediakan chalet untuk memudahkan pengunjung tempatan mahupun luar daerah berkesempatan menikmati keindahan alam semulajadi dan panorama yang terdapat di tanjung kembang.Chalet yang diusahakan oleh penduduk tempatan ini sangat mendapat sambutan terutama apabila terdapat pesta-pesta keramaian yang sentiasa dianjurkan setiap tahun di pantai tanjung kembang. Di sini juga merupakan tempat rekreasi yang sangat sesuai dikunjungi bersama ahli keluarga di mana banyak kemudahan yang disediakan seperti tapak perkhemahan dan kemudahan untuk menjalankan aktiviti lain.