Tayangan Video KDB Dan Pengenalan Kepada Online Banking
12 November 2017 | Aktiviti TerkiniKelas yang dihadiri seramai 4 orang para peserta adik-adik sekolah rendah telah diadakan pada 11 November 2017 yang lepas. Pada permulaan kelas, para peserta didedahkan dengan tayangan video KDB iaitu berkongsi maklumat secara melampau dan penipuan internet. Selepas tayangan video, pengajar memberi penjelasan terperinci mengenai apa itu perkongsian melampau, contoh-contoh perkongsian secara melampau dan juga mengenai penipuan internet seperti yang ditunjukkan di dalam video tayangan tersebut.
Bahagian kedua kelas pula para peserta diberi pendedahan tentang pengenalan kepada online banking atau dikenali sebagai perbankan atas talian dalam Bahasa Melayu. Perbankan atas talian ini dapat memudahkan individu untuk memeriksa baki duit, membuat pemindahan duit dan juga membeli topup secara atas talian. Pendedahan ini diberi agar kanak-kanak tahu akan kegunaan-kegunaan yang dapat memudahkan kehidupan mereka pada masa akan datang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: