Kelas Komponen Asas Komputer dan Pengenalan Microsoft Word
15 Mei 2017 | Aktiviti TerkiniPada 14 Mei 2017, Pusat Internet 1 Malaysia Batang Maro telah mengadakan kelas yang pertama iaitu Kelas Komponen Asas Komputer Kumpulan 1 bagi Kategori Sekolah Rendah. Tujuan utama kelas ini diadakan ialah untuk memberi pendedahan berkenaan komponen asas komputer, penggunaan komputer dengan betul, serta memberi pendedahan awal kepada kanak-kanak tentang Microsoft Word.
Seramai 12 orang kanak-kanak telah mengikuti kelas ini dan berpeluang untuk belajar menaip dan mempelajari asas-asas penggunaan Microsoft Word. Kelas ICT itu telah mendapat sambutan hangat oleh penduduk kampung yang mempunyai anak-anak kecil. Mereka berharap anak-anak mereka mendapat didikan ICT yang baik dan dapat menjadi golongan yang celik IT dari kecil lagi. Bahkan ada juga golongan surirumah yang berminat untuk menyertai kelas seperti ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: