Kelas Komponen Asas Komputer dan Pengenalan Microsoft Word
04 Jun 2017 | Aktiviti TerkiniKelas Komponen Asas Komputer dan Pengenalan kepada Microsoft Word dijalankan lagi oleh Pusat Internet 1 Malaysia Batang Maro untuk Kumpulan 2 Kategori Sekolah Rendah. Setiap kelas yang diadakan cuma terhad untuk 10 orang. Ini adalah bagi memudahkan kanak-kanak mudah faham dengan apa yang disampaikan. Tujuan utama kelas ini diadakan ialah untuk memberi pendedahan berkenaan komponen asas komputer, penggunaan komputer dengan betul, serta memberi pendedahan awal kepada kanak-kanak tentang Microsoft Word.
Kanak-kanak yang mengikuti kelas ini berpeluang untuk belajar menaip dan mempelajari asas-asas penggunaan Microsoft Word. Mereka gembira dapat mengubah warna tulisan, mengubah jenis tulisan, meletak bentuk-bentuk dan menghias kerja mereka di dalam Microsoft Word. Penggunaan Microsoft Word ini adalah penggunaan yang berterusan sehingga ke universiti kelak.
Pada slot petang pula diadakan kelas menyunting gambar menggunakan Microsoft Word. 4 orang peserta kanak-kanak didedahkan dengan cara meletakkan gambar di dalam Microsoft Word seterusnya melatih mereka untuk meggunakan fungsi crop dan format gambar seperti yang mereka kehendaki. Di akhir kelas mereka didedahkan pula dengan game kuiz kahoot yang menyeronokkan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: