Kelas Membuat Resume (Microsoft Word)
05 Ogos 2017 | Aktiviti TerkiniKelas Membuat Resume menggunakan Microsoft Word telah dijalankan oleh Pusat Internet 1 Malaysia Batang Maro pada 04 Ogos 2017. Kelas ini adalah di atas permintaan 2 orang belia lepasan SPM. Tujuan utama kelas ini diadakan adalah bagi memberi tunjuk ajar cara-cara membuat resume bagi para belia lepasan SPM yang tengah mencari pekerjaan. Selain itu, mereka juga diberi pendedahan mengenai laman sesawang yang perlu diisi untuk mendapatkan pekerjaan seperti SPA, JOBSTREET dan sebagainya. Diharapkan kelas sebegini dapat membantu para belia kampung yang tengah mencari pekerjaan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: