Latihan Menaip Dan E-Learning
18 October 2017 | Aktiviti TerkiniPada 17 Oktober 2017 yang lepas, pihak pengurusan PI Batang Maro telah mengadakan kelas latihan menaip menggunakan Microsoft Word untuk para adik-adik sekolah rendah. Kelas ini bertujuan untuk melatih pergerakan jari mereka menggunakan papan kekunci agar mahir dan pantas. Mereka dilihat seronok menaip. Mereka juga dinasihatkan agar meneliti dan menyemak semula ejaan setiap kali habis satu perenggan agar tidak ada kesalahan ejaan. Di akhir kelas mereka diberi kesempatan untuk membuat aktiviti E-Learning iaitu bermain ABCYA.com
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: