dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Batang Maro, Sarawak
  • Utama
    • Mengenai PI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Hari Terbuka PI Batang Maro

30 October 2017 | Aktiviti Terkini

Hari Terbuka PI Batang Maro telah diadakan pada 29 Oktober 2017 yang lepas pada pukul 8.00 pagi sehingga 1.00 petang. Hari Terbuka ini telah bertempat di Pusat Internet itu sendiri dan juga kawasan perkarangan untuk aktiviti outdoor. Tujuan utama hari terbuka sebegini diadakan adalah bagi mengeratkan lagi hubungan pekerja PI dengan komuniti. Selain itu, mendedahkan mereka dengan kelebihan-kelebihan PI. Pihak pengurusan PI Batang Maro telah menjemput pensyarah khas dari Politeknik Mukah bagi menyampaikan taklimat e-usahawan dan keselamatan di Internet. Selain itu, terdapat juga slot E-Waste dan juga Check Your Label dari pengurus PI Batang Maro untuk mendedahkan akan kelebihan program terebut.

Apa yang menarik pada hari terbuka itu adalah terdapat kaunter pendaftaran ahli secara percuma kepada 30 orang terawal. Selain itu, pelbagai pertandingan turut diadakan bagi memeriahkan lagi suasana. Untuk permainan indoor pihak PI telah menganjurkan Pertandingan Mewarna dan Pertandingan Menaip. Manakala, bagi permainan outdoor pula terdapat Pertandingan Menganyam Ketupat, Pertandingan Makan Biskut, Pertandingan Tiup Belon Terbesar, Pertandingan Pancing Botol dan juga Pertandingan Letak Air Span ke Botol. Para penduduk dilihat begitu ‘sporting’ dan juga penyertaan dari mereka amat menggalakkan. Diharap di masa akan datang akan lebih meriah dan lebih banyak penglibatan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© 2014 - 2019 Semua Hakcipta Ter pelihara.