Membuat Jadual Waktu Menggunakan Microsoft Excel
09 Disember 2017 | Aktiviti TerkiniPada musim cuti persekolahan ini, PI Batang Maro telah mengadakan kelas membuat Jadual Waktu menggunakan Microsoft Excel. Kelas ini telah mengambil masa 3 Jam yang bermula pada pukul 2 petang sehingga 5 petang. Kelas ini telah dihadiri beberapa orang peserta kanak-kanak yang selalu menghabiskan waktu mereka di Pusat Internet ini.
Objektif kelas ini diadakan adalah bagi melatih kemahiran para peserta menggunakan Microsoft Office untuk bermacam-macam tugas. Kemahiran Microsoft Office adalah untuk jangka masa panjang. Diharapkan kelas sebegini lebih mendapat tumpuan komuniti pada masa akan datang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: