Program Ceramah Advokasi SMK Kabong

2 November 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 1 November 2018 yang lalu, Pusat Internet Batang Maro telah mengadakan Program Ceramah Advokasi di SMK Kabong yang bertempat di Dewan SMK Kabong. Pihak PI Batang Maro telah menganjurkan program tersebut dengan sasaran peserta adalah para pelajar Tingkatan 3. Program ini diadakan selama 4 jam. Pelbagai modul telah dikongsikan bersama 80 orang iaitu 78 orang pelajar dan 2 guru pengiring.

Modul yang dikongsikan adalah maklumat palsu, online grooming, perkongsian secara berlebihan, e-waste, check your label, klik dengan bijak, buli siber, dan permainan atas talian. Pihak PI Batang Maro turut menyediakan hadiah-hadiah menarik untuk dimenangi oleh para pelajar dalam sesi uji minda untuk mengukuhkan pemahaman mereka mengenai topik-topik yang disampaikan. Para pelajar Tingkatan 3 SMK Kabong begitu teruja dengan pengisian program tersebut dan berharap pada masa akan datang pihak kami dapat berkolaborasi lagi bersama pihak SMK Kabong.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali