dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Batang Maro, Sarawak
  • Utama
    • Mengenai PI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Modul Prezi dan Presentation Skills

27 Mei 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 26 Mei 2018 yang lalu telah diadakan kelas Modul Prezi dan Presentation Skills bagi belia perempuan Kampung Batang Maro. Kelas ini telah diikuti oleh 3 orang peserta. Kelas ini mempunyai 2 slot iaitu slot membuat slide dan juga sesi pembentangan. Slot pertama iaitu membuat slide pembentangan menggunakan Prezi iaitu applikasi secara atas talian. Tujuan utama peserta didedahkan dengan prezi adalah untuk memberi kelainan pada slide yang dibuat oleh mereka, kerana selama ini mereka hanya mengenal Microsoft Powerpoint.

Hasil daripada kelas itu dapat dilihat kemahiran para peserta semakin meningkat. Sesi kedua pula iaitu sesi pembentangan slide yang telah mereka buat. Objektif sesi ini adalah untuk melihat sejauh mana kebolehan dan keyakinan mereka untuk membentang hasil kerja mereka di hadapan umum. Pengajar mendedahkan dan memberi tunjuk ajar tips untuk lebih berkeyakinan dan cara pembentangan secara professional. Diharap ilmu yang disampaikan melalui kelas ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© 2014 - 2019 Semua Hakcipta Ter pelihara.