Introduction to Canva
2 Disember 2018 | Aktiviti TerkiniPada 1 Disember 2018 yang lalu, Pusat Internet Batang Maro telah mengadakan kelas Introduction to Canva yang dihadiri oleh beberapa orang peserta dari kalangan pelajar sekolah menengah. Kelas ini bertujuan untuk memberi bimbingan kepada para peserta mengenai canva, sekaligus memperkenalkan mereka dengan applikasi tersebut.
Canva merupakan salah satu platform yang mudah digunakan kerana ianya menggunakan drag and drop function. Para peserta diajar untuk membuat poster dengan tajuk bebas pilihan mereka sendiri, iaitu seperti Happy Friendship Day, Happy Teachers Day, dan Anti-Drug Poster. Para peserta menunjukkan sikap dan minat yang mendalam untuk belajar membuat poster. Selain itu, mereka juga diberi slot pembelajaran membuat resume untuk kegunaan mereka selepas tamat belajar.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: