Advokasi dan Microsoft Powerpoint
05 Ogos 2018 | Aktiviti TerkiniPada 4 Ogos 2018 yang lepas, pihak Pusat Internet Batang Maro telah mengadakan kelas perkongsian modul advokasi dan juga Microosft Powerpoint kepada para pelajar Tingkatan 3. Kelas ini bertujuan untuk memberi pendedahan mengenai maklumat palsu dan buli siber kepada para peserta. Perkongsian ini adalah bagi memberi kesedaran kepada mereka mengenai kesan-kesan negatif maklumat palsu yang disebarkan tanpa menyelidik terlebih dahulu kandungan maklumat tersebut.
Selain itu, mereka juga diajar untuk membuat slide pembentangan menggunakan Microsoft Powerpoint. Seperti umum ketahui, pelajar Tingkatan 3 mempunyai kerja kursus geografi. Jadi, kelas ini adalah bagi memberi persediaan dan mengajar mereka untuk membuat kerja tersebut bagi dibentangkan di kelas. Asas-asas membuat slide seperti menukar font, memilih design, memasukkan smarart telah diajarkan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: