Latihan Asas Microsoft Word dan Powerpoint
21 Mac 2018 | Aktiviti TerkiniPada 20 Mac 2018, kelas Latihan Asas Microsoft Word dan Powerpoint bagi kategori belia telah diadakan di Bilik Latihan PI Batang Maro. Kelas ini telah dihadiri oleh beberapa orang peserta perempuan. Tujuan utama kelas ini diadakan adalah bagi mendedahkan para peserta dengan penggunaan asas Microsoft Word dan Powerpoint. Di awal kelas, mereka telah diuji dengan beberapa jenis tugasan untuk melihat sejauh mana kemahiran yang telah mereka tahu tentang kedua-dua Microsoft tersebut.
Selain itu, mereka juga didedahkan dengan kepentingan dan kelebihan Microsoft Office untuk kegunaan mereka di alam pembelajaran di pusat pengajian tinggi dan juga alam pekerjaan. Beberapa fungsi asas yang telah ditekankan pada kelas ini adalah bold, italic, underline, color font, text highlight color, shading, insert table, insert smartart dan increase/decrease font. Untuk Microsoft Powerpoint, para peserta telah diajar untuk membuat slide dengan tema ‘Negeri-Negeri di Malaysia’. Para peserta diajar untuk memilih design, memasukkan element gambar, textbox, transition dan animation.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: