Latihan Asas Microsoft Word
20 Mac 2018 | Aktiviti TerkiniPada 19 Mac 2018, kelas Latihan Asas Microsoft Word bagi kategori belia telah diadakan di Bilik Latihan PI Batang Maro. Kelas ini telah dihadiri oleh 5 orang peserta. Tujuan utama kelas ini diadakan adalah bagi mendedahkan para peserta dengan penggunaan asas Microsoft Word. Di awal kelas, mereka telah diuji dengan beberapa jenis tugasan untuk melihat sejauh mana kemahiran yang telah mereka tahu tentang Microsoft Office.
Selain itu, mereka juga didedahkan dengan kepentingan dan kelebihan Microsoft Office untuk kegunaan mereka di alam pembelajaran di pusat pengajian tinggi dan juga alam pekerjaan. Beberapa fungsi asas yang telah ditekankan pada kelas ini adalah bold, italic, underline, color font, text highlight color, shading, insert table, insert smartart dan increase/decrease font.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: