Membuat Surat Rasmi Menggunakan Word
06 Ogos 2018 | Aktiviti TerkiniPada 5 Ogos 2018, pihak Pusat Internet telah mengadakan kelas Membuat Surat Rasmi menggunakan Microsoft Word kepada para peserta dewasa. Kelas ini telah dihadiri oleh 6 orang wanita dewasa. Para peserta diberi tunjuk ajar format surat rasmi. Mereka diajar untuk menaip surat rasmi menggunakan Microsoft Word. Fungsi-fungsi asas yang diajar di Microsoft Word ialah seperti menukar font, menukar saiz tulisan, bold, italic, underline, dan menukar spacing.
Selain itu, mereka juga diajar fungsi-fungsi yang terdapat di papan kekunci yang belum mereka ketahui seperti shift, tab, backspace, space dan control. Para peserta turut diberikan tunjuk ajar dalam mencari idea untuk menulis surat rasmi. Kesungguhan mereka untuk belajar patut dijadikan contoh oleh belia-belia kerana mencari ilmu itu adalah sepanjang hayat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: