dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Batang Maro, Sarawak
  • Utama
    • Mengenai PI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Modul Email

09 April 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 8 April 2018, hari Ahad telah diadakan kelas Modul Email kepada beberapa orang pelajar Sekolah Rendah SK Batang Maro. Objektif utama kelas ini adalah untuk memberi pendedahan kepada para pelajar kanak-kanak mengenai email, jenis-jenis email, membuat akaun email serta aktiviti mengenal segala fungsi-fungsi yang ada untuk email. Semua yang hadir ke kelas modul email ini telah berjaya membuat akaun masing-masing menggunakan Gmail.

Selain itu, mereka juga telah bijak membuat dan menghantar email. Mereka telah diajar apa itu subject iaitu perkara yang ingin kita sampaikan. Subject tidak boleh terlalu panjang kerana ia merupakan tujuan kita menghantar email. Para peserta juga melakukan aktiviti menghantar email kepada kawan masing-masing. Mereka juga melihat petimasuk dan juga sent mail iaitu email yang sudah berjaya mereka hantar. Diharap kelas sebegini dapat memberi manfaat kepada mereka di kemudian hari dan digunakan sepenuhnya.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© 2014 - 2019 Semua Hakcipta Ter pelihara.