Hari Terbuka PI Batang Maro

20 Ogos 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 19 Ogos 2018 yang lalu, PI Batang Maro telah mengadakan Hari Terbuka bagi mengeratkan lagi silaturrahim dengan komuniti setempat. Program ini mendapat kerjasama dari JKK Kampung Batang Maro dan Kampung Paloh, Masjid Kampung Batang Maro dan Paloh, Ranting, PIBG dan WANITA. Hari Terbuka pada tahun ini sangat meriah dan dihadiri oleh 200 orang peserta dari kedua-dua kampung tersebut (Batang Maro dan Paloh). Program dimulakan dengan ceramah advokasi dan KDB.

Selain itu, pelbagai pertandingan menarik diadakan seperti Pertandingan Menaip, Perrtandingan Mewarna dan Sukaneka. Kemeriahan Hari Terbuka ini dapat dirasakan apabila terdapat banyak penyertaan daripada penduduk kampung. Aktiviti-aktiviti yang diadakan begitu padat dan sangat menyeronokkan semua orang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali