English Class using Google Translate and Microsoft Word

14 Julai 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 13 Julai 2019 yang lalu, pada sesi sebelah petang, pihak Pusat Internet Batang Maro telah mengadakan kelas English menggunakan Google Translate dan Microsoft Word kepada para peserta sekolah rendah SK Batang Maro. Kelas ini telah dihadiri beberapa orang pelajar lelaki yang selalu mengikuti kelas di Pusat Internet. Tujuan utama kelas ini diadakan adalah bagi meningkatkan penguasaan bahasa inggeris para peserta dan melatih mereka untuk bijak membezakan past tense dan present tense.

Selain itu, mereka juga diberi pendedahan kepada google translate yang digunakan sebagai kamus atas talian. Para peserta diberikan senarai perkataan asas yang memerlukan mereka untuk mencari past tense dan maksud dalam bahasa melayu. Para peserta menggunakan Microsoft Word untuk latihan menaip dan menyiapkan tugasan yang diberi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali