Jigsaw Puzzle Explorer and Mindmap Online

6 Mei 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 5 Mei 2019 yang lepas, Pusat Internet Batang Maro telah mengadakan kelas Jigsaw Puzzle Explorer dan Mindmap Online kepada para peserta sekolah rendah yang telah datang ke Pusat Internet. Kelas ini bertujuan untuk membimbing dan melatih minda para peserta untuk berfikir dan membiasakan mereka bermain puzzle. Seperti yang umum ketahui, permainan puzzle merupakan salah satu permainan yang sangat menguji minda. Petugas Pusat Internet Batang Maro menggunakan platform percuma Jigsaw Puzzle Explorer secara atas talian.

Pengguna dapat memilih jumlah keping puzzle mengikut kemampuan dan daya pemikiran mereka. Jumlah minimum adalah 8 keping dan jumlah maksimum adalah 1040. Para peserta juga turut bersaing antara satu sama lain untuk menyelesaikan puzzle tersebut. Selepas bermain puzzle, para peserta belajar membuat peta minda secara atas talian. Peta minda tersebut diberi topik ‘Tokoh-tokoh Islam’ dan para peserta ditugaskan untuk mencari maklumat menggunakan Google Chrome.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali