Program Ceramah Advokasi SK Paloh

2 Mac 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 1 Mac yang lalu, pihak Pusat Internet Batang Maro telah berkolaborasi dengan SK Paloh mengadakan Program Ceramah Advokasi di SK Paloh. Program Ceramah Advokasi ini adalah inisiatif keselamatan internet dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Tujuan utama program advokasi adalah bertujuan untuk mendidik dan meningkatkan kesedaran dalam kalangan para pelajar sekolah rendah, para guru, dan staff sekolah yang terlibat mengenai penggunaan internet yang berhemah.

Dalam program tersebut, pihak Pusat Internet telah berkongsi tips dan etika penggunaan internet yang positif dan juga risiko-risiko yang ada semasa mereka di atas talian. Selain itu, pihak pusat internet Batang Maro juga turut mempelawa pihak-pihak yang berkenaan untuk sama-sama menghadiri kelas yang kerap dijalankan di Pusat Internet pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad. Diharapkan banyak lagi kolaborasi lain dengan agensi-agensi besar yang lain agar kita dapat memupuk sikap bertanggungjawab, berwaspada dan selamat semasa menggunakan internet.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali