Kahoot Quiz dan Jigsaw Puzzle Explorer
7 April 2019 | Aktiviti TerkiniPusat Internet Batang Maro telah mengadakan kelas Kahoot Quiz dan Jigsaw Puzzle Explorer pada 6 April 2019 yang lepas. Kelas ini telah disertai oleh para peserta sekolah rendah. Kelas ini adalah sebagai alternatif kepada para peserta untuk mengulangkaji pelajaran terutama Bahasa Inggeris dan Matematik. Kahoot Platform digunakan untuk menyediakan kuiz-kuiz berkaitan subjek-subjek tersebut bagi melihat kefahaman mereka terhadap subjek matematik dan bahasa inggeris tersebut. Selain aktiviti menjawab soalan kuiz di Kahoot, para peserta juga telah bermain jigsaw puzzle secara atas talian.
Jigsaw Puzzle Explorer atas talian ini adalah satu permainan puzzle yang dapat mengasah minda para peserta bagi menyelesaikan puzzle tersebut. Para peserta boleh memilih dari sekurang-kurang 8 keping puzzle dan maksimum 900 keping. Bagi menjadikan kelas ini menarik, pengajar telah mengadakan satu pertandingan puzzle, iaitu menyiapkan puzzle dalam masa yang paling cepat. Para peserta begitu teruja dan telah memberikan sepenuh perhatian bagi memenangi pertandingan tersebut.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: