Kahoot Quiz and ABCYA

4 Mac 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 3 Mac 2019, pihak Pusat Internet Batang Maro telah mengadakan kelas Kahoot Quiz dan ABCYA kepada para peserta sekolah rendah. Kelas ini telah dihadiri oleh beberapa orang peserta lelaki dan mereka telah diberikan pelbagai jenis soalan kuiz bagi memantapkan daya pemikiran dan meningkatkan IQ para peserta.

Soalan-soalan kahoot yang mereka jawab adalah Matematik, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Modul Advokasi dan juga sedikit pengetahuan umum. Para peserta begitu teruja untuk bermain kahoot kuiz ini memandangkan kahoot kuiz ini sangat menarik dan terdapat ranking keputusan. Dalam pada masa yang sama, para peserta dapat mengulangkaji pelajaran. Selepas bermain kahoot kuiz, para peserta bermain education game menggunakan platform ABCYA bagi meningkatkan daya pemikiran aras tinggi dengan menyelesaikan masalah semasa bermain game tersebut.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali