Microsoft Excel dan Microsoft Word

15 Januari 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 14 Januari 2019 yang lalu, pihak PI Batang Maro telah mengadakan kelas Microsoft Excel dan Microsoft Word. Kelas ini telah dihadiri oleh seorang pelajar lepasan SPM. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberi bimbingan kepada peserta untuk menggunakan asas Microsoft Excel dan Microsoft Word.

Untuk Microsoft Excel, peserta diajar untuk memasukkan data ke dalam Microsoft Excel. Selepas itu, peserta diajar untuk membuat analisis data menggunakan fungsi formula CountIf dan CountIfs bagi setiap kategori seperti jantina, pekerjaan, dan umur. Selain itu, peserta turut diajar untuk membuat carta pai dan carta bar di Microsoft Excel. Manakala bagi Microsoft Word pula, peserta diajar untuk membuat surat rasmi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali