Scratch and Canva Evaluation

4 November 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 3 November 2019 yang lepas, pihak Pusat Internet Batang Maro telah mengadakan satu kelas Scratch and Canva Evaluation kepada para peserta sekolah menengah yang telah terlibat dalam kelas Asas Scratch 2.0 pada bulan lepas. Kelas ini bertujuan untuk menilai dan melihat peningkatan para peserta setelah mempelajari modul-modul tersebut. Seramai 6 orang peserta sekolah menengah perempuan yang menghadiri kelas ini.

Penilaian dibuat berdasarkan tugasan yang telah diberikan dan hasil tugasan akan dinilai semasa proses menyiapkan tugasan. Antara tugasan yang telah diberikan ialah para peserta ditugaskan untuk membuat satu animasi mudah menggunakan sekurang-kurang 5 sprite berbeza untuk Scratch dan untuk Canva, cara penilaian adalah berdasarkan pemilihan topik, pemilihan warna, pemilihan template dan juga cara-cara peserta mengubah template tersebut mengikut kreativiti mereka sendiri. Dilihat para peserta begitu bersungguh-sungguh menunjukkan kebolehan dan bakat masing-masing.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali