Latihan Menaip Microsoft Word

6 April 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 5 April yang lepas, pihak Pusat Internet Batang Maro telah mengadakan kelas latihan menaip menggunakan Microsoft Word. Kelas ini telah disertai oleh beberapa orang peserta sekolah rendah yang baru berdaftar sebagi ahli Pusat Internet. Objektif utama kelas ini djalankan adalah bagi melatih dan mendedahkan para peserta dengan penggunaan Microsoft Word dan memberi latihan penggunaan papan kekunci. Para peserta ditugaskan untuk membuat profil diri mereka dan belajar asas-asas Microsoft Word seperti font style, font size, font color, bold, italic, underline dan insert shapes.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali