Membuat Carta Organisasi menggunakan Microsoft Word

11 November 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 10 November 2019 yang lalu, pihak pengurusan Pusat Internet Batang Maro telah mengadakan kelas membuat carta organisasi menggunakan Microsoft Word. Kelas ini telah dihadiri oleh para peserta sekolah rendah yang kerap mengunjungi pusat internet. Objektif utama kelas ini adalah untuk mendedahkan penggunaan lain Microsoft Word kepada para peserta. Microsoft Word dapat digunakan untuk membuat carta organisasi sesuatu persatuan ataupun syarikat.

Para peserta diajar cara-cara membuat carta organisasi dari jawatan pengerusi hingga ke ahli jawatankuasa. Penguasaan para peserta terhadap asas-asas Microsoft Word dapat membantu mempercepatkan proses pembelajaran dan pengajaran. Diharapkan kelas sebegini lebih mendapat perhatian dan sambutan dari komuniti setempat agar semua lapisan masyarakat dapat memanfaatkan kewujudan Pusat Internet.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali