Teacher Youtube Origami Dan Advokasi
6 Januari 2019 | Aktiviti TerkiniPada 5 Januari 2019 yang lalu, Pusat Internet Batang Maro telah mengadakan kelas Teacher Youtube:Origami untuk para pelajar sekolah rendah. Kelas ini bertujuan untuk mendedahkan penggunaan youtube kepada para peserta. Penggunaan youtube bukan sekadar untuk menonton video namun ianya dapat juga dijadikan guru iaitu sebagai panduan untuk kita membuat DIY seperti origami, membuat slime, membuat bunga kertas, dan sebagainya.
Para peserta memberi sepenuh perhatian dan menyiapkan tugasan yang telah diberikan iaitu membuat origami berpandukan Youtube. Para peserta juga turut berkongsi ilmu kepada rakan peserta yang lain dengan memberi bantuan untuk menyiapkan origami tersebut. Selain itu, mereka turut diberikan perkongsian mengenai advokasi, modul jenayah siber.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: