Asas-asas Microsoft Excel
5 Ogos 2019 | Aktiviti TerkiniPada 4 Ogos yang lalu, pihak Pusat Internet Batang Maro telah mengadakan kelas asas-asas penggunaan Microsoft Excel. Tujuan kelas ini diadakan adalah bagi mendedahkan dan memberi bimbingan kepada para peserta dengan asas-asas semasa menggunakan Microsoft Excel. Antara elemen yang diajar adalah border, cara-cara auto numbering, merge and center, wrap text dan penukaran saiz font dan jenis font.
Para peserta diajar untuk membuat kalendar dari januari hingga ke disember 2019. Para peserta begitu teruja dan bersemangat menyiapkan calendar tersebut dengan pelbagai warna-warna yang menarik. Diharapkan kelas sebegini semakin mendapat perhatian oleh komuniti setempat untuk kegunaan mereka pada masa hadapan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: