Advokasi dan Membuat Kad Bisnes menggunakan PosterMyWall

8 Disember 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 7 Disember yang lalu, petugas Pusat Internet Batang Maro telah mengadakan kelas Advokasi dan Membuat Kad Bisnes menggunakan PosterMyWall kepada 2 orang belia perempuan yang berminat untuk menceburi bidang perniagaan. Objektif utama kelas ini adalah untuk membimbing para peserta membuat kad bisnes dengan menggunakan platform PosterMyWall. PosterMyWall merupakan aplikasi untuk mencipta ‘graphic design’ dengan mempunyai pelbagai pilihan ‘template’. Aplikasi ini sangat mudah digunakan (mesra pengguna). Selain itu, para peserta turut diberi pendedahan mengenai ancaman dan risiko ketika berinteraksi di atas talian. Peserta diberi kesedaran juga mengenai tips-tips keselamatan klik dengan bijak.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali