Advokasi Klik Dengan Bijak dan Kuiz Kahoot
12 Disember 2020 | Aktiviti TerkiniPada 11 Disember yang lalu, petugas Pusat Internet Batang Maro telah mengadakan kelas Advokasi Klik Dengan Bijak dan Kuiz Kahoot kepada 5 orang peserta iaitu pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah. Kelas ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran pengguna internet mengenai ancaman dan risiko yang dihadapi ketika berinteraksi/berurusan di atas talian. Beberapa modul dan tayangan video advokasi telah ditunjukkan kepada para peserta untuk menambah ilmu pengetahuan mereka sekaligus digunakan untuk kepentingan dan kebaikan mereka menjadi seorang pengguna siber yang bijak. Bagi menguatkan daya pemahaman mereka mengenai modul yang disampaikan, petugas telah menyediakan beberapa set kuiz advokasi klik dengan bijak menggunakan platform kahoot bagi menarik minat peserta mengikuti kelas.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: