Mindmap Online dan Advokasi KDB

22 November 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 21 November yang lepas, pihak Pusat Internet Batang Maro telah mengadakan kelas membuat Mindmap secara atas talian kepada para peserta sekolah rendah dan sekolah menengah yang sering mengunjungi Pusat Internet ini. Kelas ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran para peserta mencari maklumat menggunakan Google, meningkatkan kemahiran para peserta membuat petaminda, dan mendedahkan mereka dengan applikasi membuat petaminda secara atas talian. Secara amnya, para peserta diberikan satu topik dan ditugaskan untuk mencari maklumat berkaitan untuk dijadikan petaminda. Para peserta turut diberi perkongsian mengenai modul advokasi KDB iaitu mengenai maklumat palsu yang kini semakin menjadi-jadi di sosial media.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali