Microsoft Excel Tulisan Khat

21 November 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 20 November yang lepas, pihak Pusat Internet Batang Maro telah mengadakan kelas Microsoft Excel untuk membuat tulisan khat. Kelas ini telah dihadiri oleh beberapa orang para pelajar sekolah menengah. Objektif utama kelas ini adalah untuk membimbing para peserta membuat tulisan khat dengan menggunakan perisian Microsoft Excel. Selain itu, mereka turut ditugaskan untuk membuat nama mereka sendiri dalam Microsoft Excel tersebut.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali