Designing Using Canva
25 Julai 2020 | Aktiviti TerkiniPada 24 Julai 2020 yang lepas, Pusat Internet Batang Maro telah mula mengadakan kelas secara fizikal bersama 2 orang belia perempuan yang datang mengunjungi Pusat Internet. Kelas ini merupakan kelas designing menggunakan Canva. Canva merupakan salah satu applikasi popular untuk mencipta poster, logo, resume, Facebook post, Instagram post, dan lain-lain.
Objektif utama kelas ini adalah untuk mencungkil bakat dan melatih peserta menggunakan Canva untuk tujuan designing. Para peserta diberi bimbingan penggunaan Canva yang berkonsepkan drag and drop agar mereka mampu mencipta sesuatu menggunakan Canva tanpa perlu diberi bimbingan sepenuhnya oleh tenaga pengajar. Para peserta diberi tugasan untuk menyiapkan satu poster dan satu facebook post sebelum kelas ditamatkan. Diharapkan selepas ini ramai lagi yang berminat untuk mengikuti kelas-kelas peningkatan kemahiran sebegini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: