Microsoft Excel

18 Oktober 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 17 Oktober 2020 yang lepas, pihak Pusat Internet Batang Maro telah mengadakan kelas Microsoft Excel kepada seorang pelajar Tingkatan 6. Kelas ini bertujuan untuk mendedahkan peserta dengan asas-asas Microsoft Excel dan memberi bimbingan cara-cara menganalisis data menggunakan Excel. Peserta dibimbing cara-cara membuat border, pengisian auto-numbering, adjusting column and row, dan formula untuk tujuan analisa data. Selain itu, peserta turut diberi bimbingan untuk membuat bar chart dan pie chart di Microsoft Excel. Diharapkan kelas ICT sebegini dapat dihadiri lebih ramai pengguna pada masa akan datang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali