Mindmap Learning dan Tayangan Advokasi

20 Disember 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 19 Januari 2020 yang lepas, pihak pengurusan Pusat Internet Batang Maro telah mengadakan kelas E-Learning Mindmap kepada beberapa orang peserta sekolah rendah yang telah berkunjung ke Pusat Internet tersebut. Kelas ini telah dihadiri oleh 6 orang pelajar perempuan. Tujuan utama kelas ini diadakan adalah bagi mendedahkann penggunaan e-learning mindmap atas talian yang dapat digunakan untuk membuat nota yang menarik bagi tujuan ulangkaji pelajaran.

Kelas ini juga adalah untuk memberi bimbingan kepada peserta dalam mencipta petaminda yang lebih menarik, padat dan sesuai dijadikan rujukan sebelum peperiksaan dijalankan. Pengajar telah memberikan topik Sains Tahun 5 nota untuk dijadikan tugasan peta minda. Semasa kelas dijalankan, para peserta begitu bersungguh-sungguh untuk membuat peta minda tersebut kelihatan menarik dan cantik. Di akhir kelas, para peserta menonton sedikit tayangan modul advokasi bagi mendedahkan mereka kepada bahaya dan ancaman di internet. Diharap pada masa akan datang, lebih ramai lagi para pelajar mengikuti kelas yang diadakan di Pusat Internet.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali