PosterMyWall

6 September 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 5 September 2020, pihak Pusat Internet Batang Maro telah mengadakan kelas membuat poster menggunakan medium PosterMyWall. Kelas ini telah disertai oleh 2 orang pelajar sekolah rendah SK Batang Maro. Para peserta membuat poster ringkas mengenai jadual pembelajaran bulanan masing-masing. Para peserta diberi bimbingan dengan mengubah suai template sedia ada. Diharap kelas sebegini akan mendapat lebih penyertaan pada masa akan datang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali