Microsoft Word

18 Disember 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 17 Januari 2020 yang lepas, Pusat Internet Batang Maro telah mengadakan kelas Microsoft Word kepada para peserta sekolah rendah SK Batang Maro. Objektif kelas ini dijalankan adalah untuk mendedahkan para peserta dengan penggunaan Microsoft Word pada masa akan datang. Selain itu, para peserta turut dibimbing untuk menggunakan asas-asas Microsoft Word seperti menukar font, menukar warna, bold, italic, alignment, insert shape, insert table, insert picture dan banyak lagi. Para peserta pada sesi ini ditugaskan untuk membuat jadual waktu dari hari isnin hingga ahad bagi melatih mereka sentiasa peka dengan masa. Para peserta turut berlatih menaip sambil menyiapkan tugasan tersebut.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali