Kursus Online Certification in Sales & Marketing Fundamentals & Strategy Course Creating a Self-Employer

4 Disember 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 29 November 2021 sehingga 3 Disember 2021 yang lepas, 2 orang usahawan PEDi Batang Maro telah mengikuti kursus anjuran Ehsan Plant & Propeerty Sdn. Bhd. dengan kerjasama Yes Academy. Kursus tersebut adalah keperluan pemasaran digital bagi usahawan. Latihan pemasaran digital adalah untuk golongan B40 mempelajari kemahiran tinggi pemasaran untuk mahir menggunakan internet dan teknologi web untuk mencapai dan mempengaruhi pelanggan yang disasarkan dalam bidang perniagaan/pekerjaan di Malaysia. Program yang telah diadakan selama 5 hari tersbut telah banyak memberi ilmu-ilmu baru kepada usahawan kami. Pelbagai info baru seperti mengenali pelanggan, cara pemasaran yang berkesan, cash flow, dan lain-lain lagi telah dipelajari dengan lebih mendalam. Kursus ini sangat berguna bagi membantu usahawan meningkatkan lagi keyakinan dalam perniagaan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali