Pembelajaran Atas Talian (PdPR) di PIK Batang Maro

13 Ogos 2021 | Aktiviti Terkini

Pada musim pandemik Covid-19, sekolah masih ditutup dan para pelajar masih meneruskan pembelajaran secara atas talian melalui Google Meet bersama guru mereka. Bagi kawasan kampung yang mempunyai jaringan internet yang sangat lemah seperti di Kampung Batang Maro, para pelajar bergantung sepenuhnya kepada Pusat Internet Komuniti. Sepanjang bermulanya sesi akademik, Pusat Internet Komuniti Batang Maro kini sering dikunjungi oleh para pelajar kolej. Mereka menzahirkan rasa kesyukuran di atas kewujudan Pusat Internet kerana memudahkan mereka untuk menyiapkan tugasan, menghadiri kelas Isnin hingga Jumaat, serta berhubung dengan guru dan rakan sekelas mereka dengan cepat. Selain itu, mereka turut menggunakan perkhidmatan PC, mesin fotokopi, dan percetakan. Paling menyenangkan adalah mereka turut boleh meminjam netbook yang disediakan di Pusat Internet Komuniti.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali