Canva Resume

18 Mei 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 17 Mei 2021 yang lalu, petugas Pusat Internet Komuniti Batang Maro telah mengadakan kelas membuat resume menggunakan applikasi Canva. Kelas ini telah dihadiri oleh seorang belia lepasan Tingkatan 6. Tujuan utama kelas ini adalah untuk memberi bimbingan cara-cara membuat resume kepada peserta tersebut. Beliau membuat resume dengan menggunakan template percuma yang terdapat dalam applikasi Canva. Petugas telah menunjukkan contoh-contoh resume yang dapat dibuat sebagai rujukan. Selain itu, beliau turut diberi bimbingan mengenai kemahiran-kemahiran menghadiri temuduga.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali