Advokasi KDB dan Canva For Video Designing
20 Januari 2021 | Aktiviti TerkiniPada 19 Januari 2021, Pusat Internet Batang Maro telah mengadakan kelas membuat video menggunakan Canva. Canva merupakan salah satu platform untuk ‘graphic designing’ yang menggunakan ‘drag and drop function’. Canva sangat mudah digunakan untuk mencipta pelbagai grafik seperti facebook post, poster, logo, Instagram post, banner, dan bermacam lagi. Kelas pada 19 Januari ini telah dihadiri oleh 2 orang belia perempuan yang sering mengikuti kelas di Pusat Internet. Di awal kelas, para peserta ditugaskan untuk mencari beberapa gambar untuk dijadikan pengisian video masing-masing. Para peserta belajar cara menyimpan gambar dari google images ke desktop. Selepas itu, para peserta dibimbing untuk menggunakan template video sedia ada di Canva dan mengubahsuai template itu mengikut kreativiti mereka sendiri. Para peserta gigih membuat video tempat percutian menarik di Malaysia dengan memuatnaik gambar-gambar yang mereka cari dengan caption untuk kelas penghasilan video menggunakan Canva. Selain itu, mereka turut menonton tayangan video advokasi Klik Dengan Bijak dan mendengar sedikit perkongsian mengenai ancaman semasa berinteraksi di atas talian.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: