Advokasi KDB, Gmail, dan Google Forms

20 Januari 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 19 Januari 2021, Pusat Internet Batang Maro telah mengadakan kelas Gmail dan Google Forms. Kelas ini telah dihadiri oleh peserta sekolah rendah dan sekolah menengah. Objektif utama kelas ini adalah bagi mendedahkan peserta dengan penggunaan Gmail dan juga membimbing peserta untuk membuat soalan kaji selidik secara atas talian menggunakan Google Forms. Petugas telah memberi tunjuk ajar kepada para peserta untuk mencipta akaun email menggunakan Gmail. Petugas juga telah membantu para peserta menyiapkan borang soal selidik mereka dengan menggunakan beberapa elemen pilihan jawapan seperti short answer, long paragraph, multiple choice, dropdown, dan lain-lain. Selain itu, para peserta turut menonton modul tambahan iaitu tayangan video advokasi klik dengan bijak dan juga sedikit ceramah mengenai tips-tips keselamatan semasa berinteraksi di atas talian.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali