Canva Poster dan Advokasi

21 Mac 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 20 Mac yang lepas, pihak Pusat Internet Batang Maro telah mengadakan kelas Canva Poster dan Advokasi kepada beberapa peserta sekolah menengah dan sekolah rendah. Objektif utama kelas ini diadakan adalah untuk membimbing para peserta membuat poster menggunakan Canva. Canva merupakan salah satu platform percuma untuk mencipta bahan grafik seperti logo, Instagram post, Facebook post, poster, dan lain-lain lagi. Petugas telah memberi tugasan membuat poster “Selamat Berpuasa” kepada para peserta. Semasa mereka membuat tugasan, petugas turut mengambil kesempatan itu untuk menyampaikan sedikit perkongsian mengenai klik dengan bijak, buli siber, maklumat palsu dan e-waste. Modul ini adalah bagi memupuk dan menyedarkan pengguna internet mengenai ancaman dan bahaya yang dihadapi ketika berinteraksi di atas talian.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali