Microsoft Powerpoint dan Advokasi

20 Mac 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 19 Mac 2021 yang lalu, petugas Pusat Internet Batang Maro telah mengadakan kelas Microsoft Powerpoint dan Advokasi kepada beberapa orang pelajar sekolah menengah. Kelas ini merupakan kelas berterusan agar para peserta dapat meningkatkan kemahiran penggunaan Microsoft Powerpoint untuk membuat slide. Tujuan utama kelas pada 19 Mac 2021 ialah untuk memberi bimbingan kepada peserta untuk membuat kamus bergambar “English To Malay”. Para peserta ditugaskan untuk membuat kamus bergambar kata kerja bagi memudahkan mereka untuk menghafal perkataan-perkataan dalam Bahasa Inggeris. Setelah menyiapkan tugasan kamus bergambar tersebut, para peserta telah diberi perkongsian mengenai modul advokasi yang telah dianjurkan oleh SKMM. Terdapat beberapa modul telah disampaikan kepada para peserta seperti Buli Siber, Maklumat Palsu, E-Waste dan Online Grooming.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali