Kempen Kebebasan Bersuara Bukan Kebebasan Berbohong

25 Disember 2021 | Aktiviti Terkini

Kempen ‘Kebebasan Bersuara bukan Kebebasan Berbohong’ merupakan salah satu kempen yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Pusat Internet Komuniti juga secara langsung terlibat dalam mempromosikan kempen ini kepada semua pengguna internet tidak kira di mana mereka berada. Objektif kempen ini adalah untuk mempromosikan nilai-nilai positif yang harus diamalkan oleh pengguna internet seperti bercakap benar, bijak menilai, beringat bila bercakap serta memberi fokus kepada impak berita palsu kepada masyarakat. Mesej utama yang ingin disampaikan melalui kempen ini adalah jangan kongsi pembohongan, mempromosikan portal sebenarnya.my dan mengingatkan kepada rakyat Malaysia bahawa membuat dan menyebarkan kandungan palsu atau tidak benar adalah tingkah laku jelik yang tidak boleh diterima. Diharap dengan adanya kempen ini dapat memberi kesedaran kepada netizen Malaysia agar bersama-sama menggunakan internet secara berhemah.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali