Canva Modul Resume Part 1
1 November 2021 | Aktiviti TerkiniPada 31 Oktober yang lalu, pihak Pusat Internet Komuniti Batang Maro telah mengadakan kelas Canva, pembelajaran membuat Resume kepada 2 orang peserta lepasan STPM. Kelas ini telah diadakan selama 2 jam setengah. Objektif utama kelas ini adalah untuk mendedahkan para pelajar kepada asas penggunaan Canva untuk mencipta grafik seperti poster, logo, Facebook post, Instagram post, dan lain-lain. Walau bagaimanapun, pada kali ini petugas lebih menekankan penciptaan resume dengan menggunakan template percuma yang boleh didapati dengan menggunakan platform Canva. Para peserta dibimbing mengenai cara-cara penyediaan dan elemen yang perlu ada dalam resume bagi menarik perhatian daripada bakal majikan. Diharapkan pada masa akan datang, lebih ramai belia yang berminat untuk mengikuti kelas yang dianjurkan ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: