Microsoft Word, Google Translate dan Advokasi

16 Februari 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 15 Februari 2021, Pusat Internet Batang Maro telah mengadakan kelas Microsoft Word, Google Translate dan Advokasi kepada beberapa orang peserta sekolah rendah dan sekolah menengah. Kelas ini bertujuan untuk memberi bimbingan kepada para peserta menggunakan perisian Microsoft Word. Para peserta telah ditugaskan untuk menaip beberapa perkataan English menggunakan Microsoft Word.

Kemudian mereka telah ditugaskan untuk menggunakan Google Translate untuk mencari maksud perkataan tersebut dalam Bahasa Melayu. Di akhir kelas, para peserta turut diberi taklimat ringkas mengenai modul advokasi anjuran SKMM seperti E-Waste, Buli Siber, Maklumat Palsu dan Teknologi. Tujuan program anjuran SKMM ini adalah bagi memupuk kewaspadaan kepada pengguna internet untuk sentiasa berhati-hati semasa berinteraksi atas talian.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali