W3Schools: HTML Tutorial dan Advokasi
21 Februari 2021 | Aktiviti TerkiniPada 20 Februari 2021, Pusat Internet Batang Maro telah mengadakan kelas W3Schools Tutorial yang telah dihadiri oleh 6 orang peserta yang terdiri daripada pelajar Sekolah Menengah. Kelas ini adalah bertujuan untuk membimbing dan mendedahkan peserta dengan HTML iaitu salah satu bahasa komputer, HTML ialah Hyper Text Markup Language.
Lamanweb W3Schools dapat digunakan untuk mempelajari asas-asas HTML. Petugas telah membantu dan mengajar peserta untuk memahami coding HTML dan membimbing mereka untuk mengubah code tersebut. Selain itu, para peserta turut didedahkan dengan modul advokasi seperti E-Waste, Buli Siber dan Online Grooming. Pendedahan ini bertujuan untuk memberi kesedaran dan menitikberatkan amalan berhati-hati kepada pengguna semasa berinteraksi dalam talian.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: